Graduan TVET Jadi Rebutan Industri Dan Majikan

340

Kuala Lumpur , 18 October 2022 – “Saya dapat tawaran kerja dari  beberapa pihak industri walaupun belum convo. Mereka sangat berminat dengan kemahiran praktikal yang saya pelajari di TTC”, kata Muhammad  Izzat Syazwan, 21.

“Kini saya bekerja  sebagai seorang Jurutera di Penang. Alhamdulillah gaji yang mereka tawarkan membolehkan saya menjaga keluarga saya” tambahnya dengan gembira.

Menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Precis di Tech Terrain Col­lege (TTC), Muhammad Izzat terpilih sebagai pelajar terbaik Fakulti Kejuruteraan daripada lebih 160 graduan Diploma Kemahiran Malaysia yang di-raikan dalam Majlis Graduasi Ke-11 TTC.

Muhammad Izzat mengakui bahawa semasa di sekolah, beliau lebih menggemari mata pelajaran yang boleh dipelajari secara “hands-on”. Apa yang menarik minatnya untuk menyambung pengajian di TTC ialah kaedah pembelajaran yang berkonsepkan praktikal. TTC bekerjasama dengan lebih daripada 250 Rakan Industri untuk memastikan apa yang dipelajari di Kolej adalah selari dengan keperluan industri.

“Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat pekerjaan dengan cepat, dan apa yang saja belajar di TTC boleh diaplikasikan di tempat kerja saya” kata Muhammad Izzat.

This image has an empty alt attribute; its file name is Muhammad-Izzat-Syazwan-pelajar-terbaik-Fakulti-Kejuruteraan.-1024x683.jpg
Muhammad izzat Syazwan, pelajar Terbaik, Fakulti Kejuteraan daripada lebih 160 graduan Diploma Kemahiran Malaysia yang di-raikan dalam Majlis Graduasi ke-11 TTC.

Bapa kepada Muhammad Izzat, Encik Muhammad Nazri meluahkan perasaan bangganya pada Majlis Graduasi. Katanya “Anak saya bukan sahaja mendapat peluang kerjaya dalam bidang permintaan tinggi, namun saya tidak pernah bermimpi bahawa dia akan menerima Anugerah Pelajar Terbaik di TTC. Keluarga kami sangat bersyukur kepada pihak Kerajaan dan Kolej”. TTC merupakan Kolej Bertauliah Kerajaan 5 Bintang yang menjalankan program Diploma TVET dan MQA dalam bidang permintaan tinggi iaitu Logistik, Kejuruteraan Precis dan Retail Management dan Pengurusan Pejabat. TTC juga menawarkan Biasiswa, Pinjaman Kerajaan dan Elaun Bulanan untuk semua pelajar.