Channel W Menemui Penonton di Saluran 420 Unifi TV

3241

Bermula 3 Januari 2018, dunia penyiaran Malaysia diserikan dengan kemunculan satu lagi saluran TV baru dikenali sebagai Channel W, memaparkan penerbitan berunsur berita, isu semasa, politik, hiburan serta sukan.

Biarpun Channel W yang sebelum ini dikenali sebagai Capital TV hanya menerbitkan program-program perniagaan serta ekonomi semasa, Channel W kini mengambil pendekatan berbeza dengan memberi liputan kepada berita-berita terkini secara langsung serta pelbagai segemen khas bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Channel W, Noor Azman Yusof berkata, pembaharuan ini sebenarnya merupakan satu langkah untuk mengabungkan kekuatan sedia ada daripada Capital TV serta juga Surat Khabar Warta.

“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada golongan usahawan atau isu-isu perindustrian serta kewangan tetapi meliputi pelbagai isu membabitkan semua lapisan masyarakat,” kata beliau.

Antara segmen yang bakal bersiaran secara langsung melalui Channel W adalah termasuk segmen Inspirasi, Talking Point, Soal Hati, Capital News, Fokus Hari ini, Bicara PRU 14, Hangat Hari ini dan Studio Malam.
Orang ramai boleh menonton Channel W melalui saluran 420 Unifi TV atau secara online di http://youtube.com/channelwmy.

Channel W memulakan siaran setiap hari dengan program berita semasa dan kemudian disusuli segmen gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan melalui program ‘Inspirasi’, serta program berkaitan seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan hiburan.

Channel W juga akan menyiarkan berita-berita dunia perniagaan melalui program ‘ Talking Point’ yang dikendalikan di dalam Bahasa Inggeris. Antara lain program ini akan menyiarkan temuramah bersama ahli-ahli perniagaan disamping berita ekonomi serta hal-ehwal semasa dan trend terkini di pasaran dan dunia industri.