Asian Food Network, saluran milik Discovery Asia Pacific melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia

1075

Malaysia, 3 Ogos 2020 – Demi meraikan pengalaman kulinari dan budaya unik Asia dengan cara sejati, saluran makanan dalam talian dan TV terkemuka di rantau ini – Asian Food Network (AFN) – melancarkan dua laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia.

Menyajikan kandungan untuk gabungan populasi lebih daripada 230 juta, laman web ini akan memberikan kandungan yang difokuskan pada perihal tempatan dalam bahasa ibunda untuk komuniti pencinta makanan yang semakin berkembang. Pusat terkumpulnya resipi makanan, tip, trend dan cerita inspirasi Asia – saluran makanan semua dalam satu ini semakin pantas menjadi laman penglibatan, komuniti dan perkhidmatan untuk semua pencinta makanan Asia.

Sejak asianfoodnetwork.com dilancarkan pada bulan November tahun lepas, bilangan pencinta makanan semakin berkembang – dengan 30% pengguna datang dari komuniti Malaysia dan Indonesia di rantau ini. Seiring dengan peredaran masa, permintaan yang diperhatikan membuka peluang kepada jenama AFN untuk mempelbagaikan dan mengembangkan kandungan dalam saluran.

Mengembangkan pengalaman jenama AFN

Penyampaian meluas dengan pendekatan digital didahulukan. Dengan menawarkan kandungan dalam bahasa ibunda, AFN membuatkan ia lebih mudah diakses untuk peminat mendapatkan inspirasi dan mencipta semula hidangan masakan rumah Asia kegemaran mereka. Dua laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia membolehkan AFN menjadi bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka lakukan – berhubung dengan 4 juga komuniti penggemar makanan Asia yang bertambah saban hari.

Pengemmar makanan Asia pasti akan menikmati makanan tempatan ini – Wanton Mi

Didorong oleh penggunaan dan permintaan sepadan dari dua kawasan, kandungan yang difokuskan pada perihal tempatan meletakkan AFN sebagai destinasi pertama untuk petua, inspirasi dan perbualan tentang makanan. Dalam landskap digital di mana pengguna inginkan pengalaman jenama yang menepati selera budaya dan keadaan mereka, kandungan tempatan memberikan pengalaman pengguna yang lebih dekat di hati.

Meningkatkan semangat untuk komuniti makanan Asia pada skala global

Melalui kandungan editorial unik, program TV pelbagai dan penglibatan dalam talian, AFN fokus untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mendalam dengan komuniti pencinta makanan Asia.

Ramai pencinta makanan mula meneroka dan mencari resipi makanan Malaysia dan Indonesia klasik kegemaran mereka seperti Ayam Penyet, Cekodok Pisang dan Mee Wantan Malaysia di platform ini, mengambil berat tentang peningkatan kepentingan kandungan tempatan. Laman web yang wujud dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia membuatkan peminat lebih mudah untuk menyertai komuniti, dengan mengambil faktor pengkhususan budaya dan menampilkan duta dari rantau Asia Tenggara. Peminat boleh daftarkan akaun secara mudah, menanda kandungan kegemaran dan berinteraksi dengan pencinta makanan lain melalui ruang komen.

Cekodok pisang, adalah salah satu makanan ringan yang terkenal di Asia , ianya merupakan bebola pisang yang digoreng

Komited untuk mengembangkan komuniti makanan Asia, langkah inklusif telah diambil oleh AFN dengan memberikan akses kepada dua laman web dalam bahasa ibunda. AFN menjadi penyambung perbezaan bahasa dan budaya di seluruh rantau, membongkar semangat untuk makanan Asia pada skala global.

Untuk maklumat lanjut berkenaan AFN dan tawarannya, sila layari laman web berikut: https://asianfoodnetwork.com/