Pegawai Kewangan Bawa Pulang Yamaha Y15ZR Melalui Peraduan Menang Dan Minum M-150

    411

    Kuala Lumpur, 8 September 2022- Lo Wei Lin, 44 tahun, seorang pegawai kewangan dari Seremban, telah membawa pulang motor jenis Yamaha Y15ZR bernilai lebih RM10,000 selepas memenangi hadiah utama peraduan Minum dan Menang M-150 yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2022 lalu.

    Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan juga berfungsi untuk melegakan keletihan. Minuman tenaga M-150  yang mengandungi kafein  dan tidak berkarbonat mampu memberi kesegaran tubuh badan dan minda kepada peminumnya

    Menurut Pengarah Urusan Infra Bunga, Saw Lip Jin, setiap botol minuman M-150 hanya mengandungi 155 kalori, mensasarkan kumpulan pengguna berusia antara 18 hingga 40 tahun.

    “Infra Bunga melancarkan peraduan Minum dan Menang M-150 untuk mewujudkan kesedaran bahawa minuman tenaga M-150 bukan sekadar minuman fungsi kepada mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Malah, ia juga merupakan minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati pada mana-mana majlis dan pada bila-bila masa. Peraduan yang sama seperti Minum dan Menang M-150 dengan lebih banyak hadiah menarik akan dirancang pada separuh kedua tahun 2022, jadi nantikan aktiviti-aktiviti dan hadiah yang lebih mengujakan daripada Infra Bunga dan M-150.”

    Hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang.

    “Menurut satu tinjauan melibatkan 20,000 peserta, minuman  tenaga menjadi pilihan kepada hampir 30 peratus rakyat Malaysia selepas kopi, teh, jus soda dan lain-lain jenis minuman. Jadi kami amat yakin M-150 mempunyai potensi besar untuk menjadi minuman tenaga kegemaran rakyat Malaysia” tambah Lip Jin. 

    Peraduan Minum dan Menang M-150 juga menyaksikan dua lagi peminat minuman M-150, Amir Aliff Amir Hamzah,34  dan Lavaniya, 21 diumum sebagai pemenang kedua untuk membawa pulang  hadiah iPhone 13 dalam cabutan pertama dan kedua. 

    30 lagi pemenang membawa pulang baucar Lazada bernilai RM100 setiap seorang. 

    Produk berkualiti dari Thailand, M-150 dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga. Ia boleh didapati di lebih 14,000 titik sentuh yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai-kedai runcit, kedai serbaneka di seluruh negara. 

    Minuman tenaga M-150.

    Pada masa akan datang, minuman tenaga M-150 akan dijual di pasar raya besar, stesen minyak dan rangkaian kedai serbaneka yang lebih luas justeru menjadikannya lebih mudah muda diakses di seluruh negara.